Sepanjang hidup kita, pasti kita semua biasa membuat pelbagai kebaikan. Apabila kebaikan demi kebaikan dicurahkan, maka letih, penat dan lelah pun datang dan akhirnya kita akan berhenti dari membuat kebaikan tersebut. Saya ingin mengambil mutiara kata dari Saidina Ali r.a. berkenaan dengan perkara ini. Mudah-mudahan mutiara kata ini dapat kita sematkan di dalam diri agar kita sentiasa beristiqamah dalam membuat kebaikan.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal; Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal - Saidina Ali r.a.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kekuatan dalam membuat kebaikan dibumi Mu ini, ya Allah. Peliharakanlah hati kami dari rasa ujub dan takabbur. Anugerahkanlah kami keikhlasan dalam setiap amalan kami. Terbitkanlah dari dalam diri kami rasa cinta yang abadi kepadaMu Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

No comments:
Post a Comment